Khamis, 17 November 2011

SahAbat SejAti



Bercerita tentang sahabat, mcm2 ragam kawan yang kita jumpa...ad yg snggup susah n senang bersm2 dengan kita, ad juga yg time sng je ngn bersm2 kita..bl sush bt x tau je...
oleh itu, perlu diingatkan bahawa kita seharusnya menghormati kwn2 kita dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan ketika mereka susah...

Sahabat sejati bkn yg sLalu dcc,tapi ssorg yg sLalu diingati dLm bisikan doanya dmLm hari & yg mnasihati dkala lupa diri & yg mnemani dkala sunyi & b'sama2 b'juang mncari redha iLLahi..

Selasa, 15 November 2011

TaWaKal JalAn TerBaik HadApi DugAan Hidup...

Setiap orang ada ketikanya akan merasa happpy n ada ketikanya akan merasa sedih..
ini semua adalah ragam kehidupan manusia..

Namun, perlu diingatkan setiap kejadian yang menimpa manusia ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri...
kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratam hidup mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan..
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat...


Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT. 



Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya. renung2kan....
Design By www.amirastudios.com